Dengan penapis air GLAZE Coway, kini anda boleh menikmati air bersih pada suhu pilihan dengan hanya satu sentuhan! Dilengkapi dengan teknologi pintar GLAZE Coway yang mengekalkan suhu sejuk, GLAZE Coway memastikan anda sentiasa segar dan nyaman walaupun dalam cuaca panas.
Selain itu, fungsi Cool Water Plus yang unik menjadikan GLAZE Coway sebagai peneraju di pasaran kerana kemampuan untuk mengekstrak air sejuk secara berterusan. Ia sangat sesuai untuk kegunaan harian, sama ada untuk minuman biasa atau untuk penyediaan minuman sejuk yang menyegarkan.
Dengan satu sentuhan mudah, anda boleh memilih air sejuk, panas, atau pada suhu bilik, dan menyesuaikan jumlah yang diingini mengikut keperluan anda. Penapis air GLAZE Coway adalah penyelesaian sempurna untuk memenuhi keperluan minuman segar setiap masa!
Ciri-Ciri Hebat Penapis Air GLAZE
- Cold Water Feature – Bekalan air sejuk yang lebih banyak boleh disediakan kerana Coway GLAZE menggunakan tangki air sejuk dan ambien yang berasingan
- Eco Mode – Coway GLAZE secara automatik mengurangkan kekerapan operasi motor dan pemanas semasa dalam persekitaran gelap untuk mengurangkan penggunaan kuasa.
- Child Safety lock – memastikan kanak-kanak kecil selamat daripada melecur air panas secara tidak sengaja.
Sistem Penapisan
Kesemua filter adalah diperakui (certified) oleh Water Quality Associstion (WQA) dan kesemua material mempunyai sijil HALAL JAKIM.
Terdapat 6 Langkah Unik untuk sistem penulenan air:
- Langkah 1 & 2: Plus Sediment + Pre Carbon Filter (Plus Neo-Sense) – menyingkirkan zarah, klorin, sebatian organik meruap (VOC) dan kekotoran organik dan bukan organik terlarut.
- Langkah 3: RO Membrane filter – menyingkirkan bahan cemar air seperti logam berat, bahan kimia organik berbahaya, mikrob serta bahan radioaktif semuanya disingkirkan.
- Langkah 4 & 5: Post Carbon & Fine (Plus Inno-Sense) – menghilangkan bau dan meningkatkan rasa air.
- Langkah 6: Antibacterial – menghalang pertumbuhan mikroorganisma di dalam tangki air.
Kapasiti Tapisan: 6.3 Liter/Jam
Jangka Hayat Filter
- Plus Neo-Sense: 6 Bulan
- RO Membrane: 24 Bulan
- Plus Inno – Sense: 18 Bulan
- Antibacterial: 12 Bulan
Dimensi: 260 x 483 x 510 mm
Filter Cartridge:
- 8″ Plus Neo-Sense (Plus Sediment + Pre Carbon)
- 8″ Reverse Osmosis Membrane (RO)
- 8″ Plus Inno Sense (Post Carbon + Fine)
- Antibacterial
Berat Bersih: 17.3kg
Reviews
There are no reviews yet.