Coway CORE PLUS adalah pilihan ideal untuk mereka yang perlukan penapis air besar, praktikal, dan stylish. Dengan satu sentuhan saja, anda boleh dapatkan air panas, sejuk, atau suhu bilik, semuanya tersedia melalui paparan digital yang moden dan mudah digunakan. CORE PLUS ini sangat sesuai untuk kegunaan rumah besar atau pejabat yang memerlukan bekalan air tanpa henti.
Tangki CORE PLUS ni memang yang terbesar di Malaysia – 21.1 liter! Jadi, tak perlu risau kalau ada ramai ahli keluarga atau rakan sekerja yang selalu guna air. Tangki besar ini dapat tampung penggunaan yang tinggi sepanjang hari tanpa perlu asyik refill, sangat praktikal untuk kehidupan yang sibuk.
Dari segi tapisan, CORE PLUS ada 6 lapisan tapisan canggih termasuk UV sterilisasi. Fungsi UV ni sangat berguna sebab ia pastikan air sentiasa bersih dan bebas bakteria serta kulat. Air yang keluar bukan saja jernih, tapi selamat dan berkualiti tinggi – memang terbaik untuk kesihatan!
Satu lagi kelebihan CORE PLUS adalah reka bentuk ergonomiknya. Ketinggian paip air direka supaya kita boleh ambil air dengan selesa tanpa perlu membongkok berlebihan. Ciri ini nampak simple, tapi amat berguna, terutama untuk penggunaan harian yang kerap.
Dan dari segi gaya, CORE PLUS memang ‘win’! Dengan warna oatmeal beige yang elegan dan reka bentuk yang slim, penapis air ni mudah untuk ‘blend in’ dengan dekor dapur yang moden. CORE PLUS bukan saja menambah fungsi di dapur, tapi turut bagi sentuhan gaya yang elegan.
Ciri-Ciri Hebat Penapis Air CORE PLUS
- Caring and Thoughtful Feature – Dulang bawah boleh tanggal untuk pembersihan yang mudah, dengan kapasiti 0.42 liter untuk mengumpul air yang menitis semasa pengekstrakan air harian.
- Simple and Hygienic Water Extraction – Dapatkan rangsangan air tulen anda dengan hanya sentuhan ringan yang mudah.
- Easy Movement with Hidden Wheels – Roda tersembunyi dipasang di bahagian bawah supaya anda boleh mengalihkannya ke lokasi yang dikehendaki dengan mudah.
Sistem Penapisan
Kesemua filter adalah diperakui (certified) oleh Water Quality Associstion (WQA) dan kesemua material mempunyai sijil HALAL JAKIM.
Terdapat 6 Langkah Unik untuk sistem penulenan air:
- Langkah 1 & 2: Plus Sediment + Pre Carbon Filter (Plus Neo-Sense) – menyingkirkan zarah, klorin, sebatian organik meruap (VOC) dan kekotoran organik dan bukan organik terlarut.
- Langkah 3: RO Membrane filter – menyingkirkan bahan cemar air seperti logam berat, bahan kimia organik berbahaya, mikrob serta bahan radioaktif semuanya disingkirkan.
- Langkah 4 & 5: Post Carbon & Fine (Plus Inno-Sense) – menghilangkan bau dan meningkatkan rasa air.
- Langkah 6: UV-Sterilization– Penyahaktifan sehingga *99.995% bakteria seperti E.Coli.
Kapasiti Tapisan: 7.9 Liter/Jam
Jangka Hayat Filter
- Plus Neo-Sense: 6 Bulan
- RO Membrane: 24 Bulan
- Plus Inno – Sense: 18 Bulan
Dimensi: 320 x 488 x 1260 mm
Filter Cartridge:
- 8″ Plus Neo-Sense (Plus Sediment + Pre Carbon)
- 8″ Reverse Osmosis Membrane (RO)
- 8″ Plus Inno Sense (Post Carbon + Fine)
Berat Bersih: 33.0kg
Reviews
There are no reviews yet.