COWAY OUTDOOR FILTER

COWAY OUTDOOR FILTER

Original price was: RM100.00.Current price is: RM60.00.

Harga Belian: RM3,500

Sewa Beli: RM100

Feed Water Pressure: 15-80 psi

Filter Type:

Polyvinylidene Fluoride (PVDF) Ultrafiltration Membrane 

 

Category

Anda pernah alami masalah ni di rumah?

  • Baju jadi kekuningan dan kain bernoda lepas cucian.
  • Paip dan kepala paip berkarat serta tersumbat, mengakibatkan aliran air perlahan.
  • Bau yang kurang menyenangkan pada air di rumah.
  • Kulit kering, gatal, atau iritasi lepas mandi.

Coway Outdoor Filter dipasang pada sumber utama bekalan air untuk menapis kotoran, kelodak, karat, dan partikel halus sebelum air sampai ke paip rumah anda.

Dengan teknologi penapisan yang canggih, ia memastikan air yang anda guna untuk mandi, memasak, mencuci pakaian, dan keperluan lain lebih bersih dan selamat. Selain itu, ia membantu menjaga peralatan rumah seperti mesin basuh dan pemanas air dengan mengurangkan pembentukan keladak dan kotoran.

Penapis ini tahan lasak dan direka untuk bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca, menjadikannya sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Penyelenggaraan juga mudah dan kosnya berpatutan, memberi anda kemudahan dan penjimatan.

Dengan Coway Outdoor Filter, anda melabur untuk kesihatan keluarga dan ketenangan fikiran. Setiap titisan air di rumah anda akan lebih bersih dan selamat. Lindungi keluarga dan rumah anda dengan Coway Outdoor Filter hari ini!

Coway Outdoor Filter adalah penyelesaian yang lengkap untuk menjaga kualiti air dalam rumah. Sebagai Pakar Air No. 1 di Malaysia, Coway sentiasa komited untuk menawarkan penyelesaian air terbaik untuk anda sekeluarga.

COWAY OUTDOOR FILTER 2

Kelebihan Coway Outdoor Filter:

  1. Penapis Air Luaran untuk Kualiti Hidup Lebih Bersih
    Dalam perjalanan air ke rumah, ia melalui paip bawah tanah yang mungkin berkarat atau rosak, dan ini menambah risiko pencemaran. Outdoor Filter Coway menapis kekotoran seperti enapan, karat, dan bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.
  2. Sesuai untuk Rumah dengan Tekanan Air Rendah
    Coway Outdoor Filter berfungsi dengan tekanan air serendah 15 psi, menjadikannya sesuai untuk rumah dengan aliran air perlahan tanpa perlu pengubahsuaian rumit.COWAY OUTDOOR FILTER 3
  3. PVDF Ultrafiltration Membrane
    Dilengkapi membran ultra-penapisan PVDF yang menapis sehingga 0.01 mikron, memastikan setiap titis air yang anda terima adalah bersih dan bebas dari zarah-zarah halus yang tak diingini.
  4. Aliran Pantas dan Air Lebih Bersih
    Menyediakan kadar aliran yang mengagumkan iaitu 3200-3300 L/J, atau sekitar 55L seminit. Penapis ini menyeimbangkan kelajuan aliran dan ketulenan air, memenuhi keperluan air bersih dalam rumah dengan sempurna.COWAY OUTDOOR FILTER 5
  5. Jangka Hayat Bateri yang Lebih Panjang
    Berbanding model terdahulu, penapis ini memiliki bateri dengan jangka hayat lebih lama, memastikan penggunaan yang lebih lama dan kurang kekerapan penggantian.
  6. Diuji IPX5 Waterproof Testing untuk Ketahanan Luar Rumah
    Diperbuat daripada stainless steel 304 yang tahan lama, Coway Outdoor Filter adalah kalis air dan direka untuk tahan lasak walaupun digunakan di luar rumah.
  7. Sistem Flushing Automatik yang Dinaiktaraf
    Penapis ini dilengkapi sistem flushing automatik untuk membersihkan sendiri, memudahkan proses penyelenggaraan tanpa kerumitan.
  8. Inovasi Reka Bentuk dan Prestasi Tinggi
    Direka untuk mengekalkan aliran air yang kuat dengan struktur yang diperkuat, memberi ketahanan yang lebih baik pada batang dan penutup membran.
  9. Fleksibiliti 4-Way Multiport Valve
    Dengan injap multiport 4-arah yang senang digunakan, anda boleh dengan mudah bertukar antara mod filter, bypass, fast rinse, dan backwash untuk kawalan penuh ke atas sistem penapis.4 way
  10. Pemasangan Dua Arah – Dinding atau Lantai
    Coway Outdoor Filter boleh dipasang sama ada secara dinding atau lantai, mengikut ruang dan keperluan.
  11. Tiada Keperluan Elektrik
    Penapis ini berfungsi sepenuhnya dengan tekanan air, jadi tiada bekalan elektrik diperlukan, menjimatkan tenaga dan kos.
  12. Coway Heart Service
    Coway komited menjaga penapis dan kesejahteraan anda sekeluarga dengan 7-Langkah Servis Penjagaan Penapis Luaran yang memastikan produk ini kekal bersih dan dalam keadaan tip-top setiap tahun.7 step service

Servis akan dilakukan setiap 6 bulan sekali bagi memastikan Coway Outdoor Filter berfungsi dalam keadaan yang baik.

Coway Outdoor Filter memberikan anda dan keluarga air yang lebih bersih dan sihat setiap hari.

Info tambahan boleh didapati di SINI untuk Coway Outdoor Filter Coway

Anda boleh dapatkan info produk-produk dan promosi terkini Coway yang lain di SINI.

 

Dimensi (WxDxH):

127 x 1090 mm

Berat Bersih: 10 kg

Flow Capacity: 3200 – 3300 l/h

Source of Water: Tap Water/Underground Water

Working Temperature: 5°C ‒ 45°C

Housing Shell Material: 304 Stainless Steel

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “COWAY OUTDOOR FILTER”

Your email address will not be published. Required fields are marked *